Praktek lainnya
dibawah Dr Susan Lim

Pusat

Screening dan Bedah Payudara
Bedah Kanker
Bedah
Laparoskopik Lanjutan
Bedah Robotik
Pengendalian Berat Badan
Bedah Lifestlye
Teknologi
Sel Induk

Back to In The News

Berita Harian, 6 April 2004
Kaji Guna Sel Induk Rawat Kencing Manis
(Translation: Reserach in Adult Stem Cell to Cure Diabetes)

Oleh Dewani Abbas

SATU kajian menggunakan sel-sel induk bagi merawat penyakit kencing manis sedang dijalankan oleh gabungan usaha sama antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan sebuah syarikat bioteknologi di sini.

Kajian melibatkan biaya awal $1.5 juta dengan syarikat Stem Cell Technologies (i) (SCTi) itu dimulakan Februari lalu dan dijangka berlangsung selama tiga tahun.

Dalam sidang media semalam, Dr Susan Lim, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif SCTi, menyatakan kajian tersebut menarik kerana ia lebih praktikal dalam konteks hari ini.

'Sebagaimana yang diketahui, Singapura salah sebuah negara dengan kadar pesakit kencing manis tertinggi.

'Seramai 9 peratus penduduk di sini menghidapinya, berbanding 6 peratus di Amerika Syarikat dan trend ini kelihatan meningkat,' kata Dr Lim, pakar bedah yang merintis pembedahan pemindahan hati di rantau ini 14 tahun lalu.

Dr Lim, 49 tahun, antara lebih enam orang yang terlibat dalam kajian itu.

Para saintis yang terlibat akan mewujudkan sel-sel yang menghasilkan insulin (bahan yang menggerakkan glukos dari saluran darah ke sel-sel manusia) daripada sel induk pesakit itu sendiri atau orang lain.

Sel induk boleh menghasilkan dirinya sendiri dalam bentuk sama atau berubah, dan menjadi pelbagai jenis sel khusus atau tisu lain.

Oleh itu, ia berpotensi merawat banyak penyakit termasuk kencing manis.

Untuk kajian tersebut, sel induk daripada sel lemak pesakit akan digunakan.

Bagaimanapun, penggunaan sel-sel induk daripada sumber lain seperti tulang sumsum dan sel-sel darah dari bahagian sekitaran tubuh boleh juga dikaji.

Projek tersebut dibiayai sama rata oleh NUS dan SCTi.

Jika berjaya, NUS akan berkongsi 50 peratus hak harta intelektual dan semua royaltinya, sementara SCTi akan mempunyai hak pertama untuk memasarkannya.


SUSAN LIM SURGERY     COPYRIGHT 2003     ALL RIGHTS RESERVED     |     DISCLAIMER